About Me
- Ayedjoe
- Kuala Lumpur, Malaysia
- tidak banyak yg menarik untuk diceritakan.. tetapi ini lah tempat banyak menceritakan apa yg ada didalam hati...
Sunday, April 1, 2012
AKU MASIH BERJALAN!!!
Bila berjalan di atas landasan yang bernama perjuangan.. memang aku yang memilih jalan itu.. diatas nama perjuangan ini.. aku bnyak menemui segala macam perwatakan.. kesimpulan.. ragam dan dugaan.. hari demi hari aku berjalan.. meniti titian yang belum pasti kukuhnya.. hari semakin gelap.. berteman kan sedikit cahaya .. aku meneruskannya.. irama dan melodi. menjadi teman buat perjalanan ini.. dalam setiap pandangan.. aku selalunya banyak memerhatikan kebanyakan orang2 yang dahulu bejalan bersama aku kian hilang di mata perjuangan ini.. setiap hari aku berfikir..masih adakah tempat buat orang seperti aku .. dulu .. ku pimpim setiap tangan yang datang di sebelah aku..untuk aku membawa mereka berjalan bersama ku.. kini.. bila aku hampir berhenti.. tiada siapa yang datang memimpin aku untuk terus pergi berjalan.. setiap hari aku berdoa "Ya Allah... Tolong peluk aku sebentar.. " kerana aku penat.. "..dan sekali sekala aku terfikir.. alang kah indah nya sekiranya kau memeluk aku.. kerana aku tidak lagi berada dalam ketakutan.. aku tidak lagi berada dalam kesusahan.. aku tidak lagi berada dalam keogaan.. dan aku tidak lagi akan melakukan kesilapan.. Langit yang tinggi selalunya ku tenung.. aku berfikir.. alangkah indah sekiranya aku hanya berada disitu.. hanya memerhatikan segala- galanya dari sana..tanpa memikirkan apa2 didalam hidup ini.. bukit yang tinggi juga selalu ku pandang dari jauh.. alangkah tenang nya jika aku duduk di hujung sana.. memerhatikan lampu lampu kecil sambil tersenyum melihat lampu2 kecil itu kadang2 terpadam dan bercahaya kembali.. kepercayaan terlalu susah untuk di buktikan.. kerana aku juga sudah hilang percaya dengan perjalanan yang aku masih cari buat sampai di hujung sana... tetapi dalam setiap saat dan hari aku memikirkan semua ini.. hanya satu yang aku pasti dan tetap aku akuinyaaa serta tetap aku menyimpan nya buat di hujung sana.. AKU MASIH LAGI SEDANG BERJALAN!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment