About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
tidak banyak yg menarik untuk diceritakan.. tetapi ini lah tempat banyak menceritakan apa yg ada didalam hati...

Tuesday, November 8, 2011

Maaf kan aku..

Maaf kan aku 
sekiranya aku telah banyak mengecewakan kamu berdua wahai orang tua ku.. 
Aku sedar segala yang aku lakukan banyak tidak menepati kehendak hati kamu sebagai anak mu
dan aku berharap, agar satu hari nanti aku dapat membuat kamu tersenyum melihat tentang kebahagian kamu tanpa aku. 
namun apa yang pasti aku sangat bersyukur kerana dapat memiliki kamu berdua.. 

Maaf kan aku
sekiranya aku tidak ambil peduli tentang kamu yang lain dalam keluarga ku.. 
aku sedar.. aku tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebaiknya terhadap kamu sebagai seorang adek mahupun abang.. 
namun .. yang pasti aku sentiasa berdoa agar kesejahteraan buat semua keluarga ku.. 

Maaf kan aku
wahai kakak ku yg telah pergi meinggal kan ku.. 
aku sedar aku tidak dapat meneruskan pesanan mu kepadaku..
namun  apa yang pasti.. aku sentiasa berdoa didalam hati buat mu disana.


Maafkan aku 
sekiranya aku telah melakukan kesalahan sahabat... 
aku sedar segala kesalahan yang aku lakukan tentang diri kamu... 
namun yang pasti aku tetap akan tersenyum apabila satu hari nanti segala kesalahan yang aku lakukan.. dapat ku tebus.buat semua sahabat.

Maaf kan aku.. 
sekiranya aku tepaksa meinggalkan kamu kawan.. 
aku pergi hanya untuk kembalikan tanggung jawab aku yang dahulu 
namun yang pasti satu hari nanti .. aku akan kembali dengan satu kemenangan untuk diceritakan tentang semua kawan.. 

Maaf kan aku
sekiranya aku mengguris hati mu teman.. 
dalam segala keadaan kamu ialah orang yang selalu ada menemani aku.. 
namun ku harap satu hari nanti.. bila orang bertanya.. siapakah aku?? 
dan kamu menjawab "oh itu teman baik ku.. "

Maaf kan aku 
wahai tuhan yang menciptakan aku.. 
sesungguhnya .. aku lalai dalam menjadi hamba mu.. 
namun aku sentiasa berdoa agar engkau bukakan la pintu hati ku untuk aku kembali kepada mu.. 

Maaf kan aku 
Sekiranya aku mengkasarimu wahai binatang.. 
sesungguh nya kaum ku yg di panggil manusia ini tidak lari dari kekejaman.. 
namun ku berharap.. setiap kekasaran yang dilalukan terhadap kau.. 
pasti ada yang akan membalas nya..

Maaf kan aku
sekiranya aku melakukan kesalahan dan melukakan buat semua penghuni alam.. 
aku sedar bahawa aku juga penghuni yang lemah dalam kehidupan ini.. 
namun yang pasti.. aku akan cuba melakukan yang terbaik sebagai seorang penghuni alam ini..